Followers

Monday, September 19, 2011

Projek Tanam Cili

Tanah di kampung luas menanti sesuatu untuk diusahakan. Dah berkurun lamanya menanti baru terlintas difikiran sebaiknya tanaman cili diusahakan di sini. Kalau dulu lagi dah dimulakan, mesti dah banyak hasil yang diperolehi. Aku dan keluarga bersepakat untuk memulakan tanaman cili di sini. Sebagai langkah permulaan kitorang telah mendapatkan seberapa banyak maklumat di internet dan beberapa premis yang telah menjalankan tanaman ini secara komersial. Buat masa sekarang sebanyak 50 anak cili sedang dibesarkan sebagai percubaan dan kami mensasarkan lebih kurang 2000 pokok boleh diusahakan di sini. Sambil-sambil tu beberapa keperluan sedang dikumpulkan sedikit demi sedikit seperti tanah, baja, polibeg dan lain-lain lagi. Diharapkan projek ini akan beroleh kejayaan dan akan diteruskan sebagai tradisi keluarga.