Followers

Sunday, October 2, 2011

PROJEK TANAMAN CILI SCORPIZ AGRO DEVELOPMMENT




 
PROJEK R&D SEBAGAI LANGKAH PERMULAAN






BERSAMA KELUARGA MEMANTAU PERKEMBANGAN POKOK



ANTARA MASALAH YANG DI KENALPASTI. LIHAT GAMBAR NO.3 DAN NO.4, KELIHATAN BATANG POKOK ROSAK DISEBABKAN MASALAH YANG TIDAK DIKETAHUI PUNCA. JIKA SESIAPA ADA INFO MENGENAI MASALAH INI SILALAH BERIKAN KOMEN











GAMBAR NO.5 DAN NO.6 MENUNJUKKAN ADA PERBEZAAN WARNA PADA DAUN. KEMUNGKINAN DAUN PADA GAMBAR NO.5 MENGALAMI MASALAH BERBANDING DAUN PADA GAMABAR NO.6. MINTA JASA BAIK DARIPADA MANA-MANA RAKAN YANG MENGETAHUI PUNCA MASALAH INI MEMBERI SEDIKIT KOMEN




Monday, September 19, 2011

Projek Tanam Cili

Tanah di kampung luas menanti sesuatu untuk diusahakan. Dah berkurun lamanya menanti baru terlintas difikiran sebaiknya tanaman cili diusahakan di sini. Kalau dulu lagi dah dimulakan, mesti dah banyak hasil yang diperolehi. Aku dan keluarga bersepakat untuk memulakan tanaman cili di sini. Sebagai langkah permulaan kitorang telah mendapatkan seberapa banyak maklumat di internet dan beberapa premis yang telah menjalankan tanaman ini secara komersial. Buat masa sekarang sebanyak 50 anak cili sedang dibesarkan sebagai percubaan dan kami mensasarkan lebih kurang 2000 pokok boleh diusahakan di sini. Sambil-sambil tu beberapa keperluan sedang dikumpulkan sedikit demi sedikit seperti tanah, baja, polibeg dan lain-lain lagi. Diharapkan projek ini akan beroleh kejayaan dan akan diteruskan sebagai tradisi keluarga.

Wednesday, August 3, 2011

Sedikit Info Berkenaan Penyakit Kolera/Taun

LATAR BELAKANG
Wabak terawal di Malaysia – 1511
Wabak dari jenis “classical”
1961 – wabak – biotype El Thor
Wabak besar-besaran –1972, 1978, 1983
El Tor – berdasarkan kawasan yg dikaji - kawasan kuarantin di Sinai, Mesir
-1905 strain V Cholera El Tor diasingkan dari mayat jemaah haji yg tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit taun.
-Strain ini kurang virulentapi mudah berjangkit mengakibatkan  lebih banyak pembawa
-1938 –wabak V.Cholera El Tor di Indonesia – gantikan jenis klasikal.
 
KETAHANAN PERSEKITARAN   (Environmental Resistance)
V Cholera El Tor lebih kerap berlaku berbanding dengan V Cholera Klasikal kerana ketahanan persekitaran yang lebih kuat
- mudah ditemui dan dikaji dalam kajian bakteriologi.
-dapat bertahan lebih lama
-mudah menjangkiti melalui sentuhan, peralatan makan minum…etc.

Penyakit jangkitan usus yang teruk bercirikan:
vOnset yang tiba-tiba
vNajis berbentuk cairan –”rice water stools”
vDehidrasi
Kematian boleh terjadi dalam beberapa jam
Kadar kematian pesakit yang tidak dirawat – 50%, manakala dengan rawatan 1%


Kes ringan di kalangan kanak-kanak hanya bercirikan cirit-birit biasa

Kes asimtomatik lebih kerap berlaku terutama bagi ‘biotypes El Thor’

KEJADIAN


Kurun ke 19 – pandemik di Bengal dan beberapa bahagian di India dan merebak ke serata dunia
Pertengahan kurun ke 20 – Serata Asia
1840an – Wabak di Kota London
1947 – beberapa kejadia epidemik berlaku di Egypt
1961 – Merebak dari Sulawesi, Indonesia hingga ke seluruh Asia dan Timor Tengah. Menular ke Eropah Barat, Afrika dan pendalaman Iberian
1973 – melanda Italy

1991 – Peru

1992 - Bangladesh

Kes di Kalangan Pelancong:
1972 – Pelancong dari Bahrain ke Australia dan New Zealand:

  lebih 40 kes dan 1 kematian

sorry..to be continued... 


Thursday, October 7, 2010

Parang Pelbagai Kegunaan


Satu lagi koleksi parang dari kami. Dengan saiz sederhana ianya sesuai untuk kegunaan harian.

Tuesday, August 31, 2010

Parang Untuk Menyiang/memotong Daging


Baru-baru ini saya telah menempah sebilah parang daripada seorang kakitangan saya. Parang sepanjang 13 inci dan seberat lebih kurang 300 gram digunakan untuk menyiang daging. Besi yang digunakan diambil daripada landasan keretapi lama yang diimpot dari Negara India. Jenis kayu saya kurang pasti tetapi berkualiti.(Saya akan selidik nanti).Kalau ada sesiapa berminat boleh oder dengan saya. Parang ini memang praktikal untuk dimiliki semasa kenduri kendara di tempat kita.(adela modal nak wat kejakat kernduri tu...)harga RM220(tidak termasuk harga penghantaran)